MANCHESTER, United Kingdom, 30 Nov – Phil Foden tertanya-tanya apa yang perlu dilakukannya untuk mendapatkan tempat di Manchester City dan hanya boleh berharap dia berpeluang ketika perlawanan-perlawanan bulan Disember ini.
Persaingan Liga Perdana di gelanggang sendiri esok menentang Bournemouth adalah yang pertama dari sembilan perlawanan dalam tiga persaingan di mana City akan beraksi ketika bulan terakhir tahun 2018.
Tidak terdapat keraguan bahawa Pep Guardiola menaruh harapan pemain tengah berusia 18 tahun itu, yang difahamkan berada dalam perundingan untuk melanjutkan kontraknya sehingga 2024.
Tetapi perkataan positif pengurus mengenai pemain antarabangsa England bawah 21 tahun itu belum diterjemahkan ke dalam peluang besar dalam perlawanan yang begitu besar.
Ia kelihatannya Foden mendapatkan peluang pada Selasa lalu, apabila City membuat kunjungan ke Lyon yang memerlukan satu mata untuk menyelamatkan kedudukan mereka dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.
Guardiola, hanya perlu untuk memilih pasukan tanpa Kevin De Bruyne yang cedera, Ilkay Gundogan dan Bernardo Silva, berkata dalam sidang akhbar pra perlawanan di mana Foden ‘pasti bersedia’.
Namun, apabila kertas pasukan dikeluarkan, Foden adalah di antara pemain gantian ketika Guardiola memutuskan untuk menggunakan khidmat Raheem Sterling dari luar kedudukan tengah yang dibentuk semula.
Foden diberikan hanya 92 saat beraksi sebagai pengganti masa kecederaan bagi Sergio Aguero dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2.
Implikasinya adalah jelas. Bagi semua bakat Foden, Guardiola tidak fikir pemain muda tengah itu bersedia untuk menghadapi pesaing yang memberikan tekanan secara agresif seperti Lyon. – AFP
