Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fokus misi bukan hal rumah tangga orang

    Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana menegur segelintir pihak yang terlalu sibuk mencampuri urusan rumah tangga selebriti lain, sedangkan dunia kini sedang berdepan isu yang jauh lebih besar iaitu krisis kemanusiaan di Palestin.

    Memetik laporan Kosmo! Online, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, masyarakat seharusnya lebih peka terhadap penderitaan umat Islam di bumi Gaza berbanding menambah api gosip dalam kehidupan orang lain.

    “Kita ada misi yang jauh lebih penting daripada masuk campur urusan peribadi dan rumah tangga orang, cukup-cukuplah mengulas dan meneka hal rumahtangga mereka, lebih baik doakan yang baik-baik”.

    Zizi menegur segelintir pihak yang terlalu sibuk mencampuri urusan rumah tangga selebriti lain. – KOSMO! ONLINE

    “Sekarang, tolong fokus pada cerita tentang Palestin. Sebarkan kisah mereka,” katanya menerusi hantaran dalam Threads.

    Kenyataan penyanyi lagu Eh! itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya.

    “Setuju sangat! Orang sekarang terlalu sibuk nak tahu hal rumah tangga artis, tapi isu Gaza makin dilupakan,” tulis seorang pengguna media sosial.

    “Terbaik Zizi! Suara artis macam inilah yang kita perlukan. Gunakan pengaruh untuk ingatkan tentang Palestin,” kata seorang lagi warganet.

    Namun tidak kurang juga yang berpendapat setiap individu berhak memberi pandangan terhadap isu semasa termasuk gosip selebriti.

    “Kadang orang komen sebab prihatin, bukan semata-mata nak menyibuk. Tapi betullah, Palestin kena jadi keutamaan,” ujar seorang warganet.

    Untuk rekod, Zizi antara selebriti tempatan yang lantang bersuara mengenai konflik di Gaza.

    Dia bersama Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Ardell Aryana dan delegasi lain menyertai misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla menuju ke Gaza bagi menyerahkan bantuan kepada mangsa perang.

    Sehingga kini, Zizi mengingatkan orang ramai agar tidak berhenti menyebarkan maklumat terkini berkaitan perjuangan rakyat Palestin. – KOSMO! ONLINE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda