Sunday, February 16, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ford berhentikan lebih 300 pekerja

    NEW YORK, 3 OKT – Ford semalam mengumumkan lebih 300 lagi pekerja telah diberhentikan buat sementara waktu akibat ‘kesan susulan’ daripada mogok berterusan terhadap syarikat itu dan dua lagi pembuat kereta Amerika Syarikat.

    Mogok terhadap apa yang dipanggil pengeluar kereta ‘Tiga Besar’ Ford, Stellantis dan General Motors bermula pada 15 September apabila kontrak sebelum ini tamat tanpa penggantian.

    Kesatuan Pekerja Auto Bersatu (UAW) tidak menggesa semua 146,000 ahlinya untuk mogok serentak, tetapi telah menggunakan pendekatan yang disasarkan, menambah lebih banyak lokasi pada minggu-minggu seterusnya.

    Kira-kira 25,000 ahli setakat ini telah dipanggil untuk berhenti kerja.

    “Sistem pengeluaran kami saling berkaitan, yang bermaksud strategi mogok sasaran UAW mempunyai kesan ke atas kemudahan yang tidak disasarkan secara langsung untuk pemberhentian kerja,” kata Ford dalam satu kenyataan semalam. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda