Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ford dapat pinjaman AS$9.2B

    NEW YORK, 23 JUN – Perjanjian usaha bersama Ford untuk membina tiga kilang bateri kenderaan elektrik baharu dijangka menerima pinjaman sehingga AS$9.2 bilion daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) di bawah program yang disokong oleh Presiden Joe Biden, menurut pengumuman pegawai, kelmarin.

    Jabatan Tenaga AS mengumumkan komitmen bersyarat bagi pinjaman kepada BlueOval SK, usaha bersama antara Ford Motor dan SK On, pengeluar bateri Korea Selatan, untuk membina kilang baharu tersebut di negeri Tennessee dan Kentucky di selatan AS.

    Biden telah menyokong pelaburan awam yang besar dalam inisiatif sedemikian bagi menangani perubahan iklim dan memperkukuh industri perkilangan AS.

    Pinjaman itu akan menjadi yang terbesar dalam sejarah program Pem-buatan Kenderaan Teknologi Lanjutan, kata pegawai AS.

    Ford menyambut baik langkah itu kerana ia akan meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik, “sementara menjana ribuan pekerjaan yang membayar dengan baik dan pengilangan Amerika,” kata Bendahari Ford, Dave Webb.

    “Peralihan teknologi besar sentiasa dipercepatkan dengan kerjasama antara sektor awam dan swasta,” kata Webb.

    Elektrik daripada bateri yang dihasilkan di loji itu akan menggantikan lebih 455 juta gelen petrol sepanjang hayat kenderaan itu, kata Jabatan Tenaga dalam kenyataan akhbarnya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda