Saturday, January 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ford desak penghasilan kereta elektrik di Eropah

    NEW YORK, 14 MAC – Pengeluar kereta Amerika Syarikat (AS) Ford kelmarin berkata ia akan menawarkan tujuh model kenderaan elektrik baharu di Eropah menjelang 2024 dan mengembangkan operasi di Jerman, Romania dan Turki.

    Ford bulan lepas mencipta perniagaan baharu khusus untuk kereta elektrik dan berkata ia menyasarkan untuk menjual lebih daripada 600,000 kenderaan ini setiap tahun di Eropah sahaja menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada matlamat yang lebih besar untuk menjual dua juta kereta elektrik di seluruh dunia menjelang tahun itu.

    “Ford sentiasa bersedia dan bergerak pantas untuk memenuhi permintaan di Eropah dan di seluruh dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif pembuat kereta itu, Jim Farley. Syarikat itu menyasarkan untuk menjual hanya kenderaan penumpang dan komersial elektrik menjelang 2035 di Eropah dan menjadikan keseluruhan rantaian bekalannya neutral karbon, daripada kilang kepada pembekal.

    Kelmarin, Ford mengumumkan ia akan meningkat pelaburannya kepada AS$2 bilion di sebuah kilang di Cologne, Jerman yang diramalkan menghasilkan 1.2 juta kenderaan dalam tempoh enam tahun dan termasuk kemudahan untuk membina bateri, yang akan mula beroperasi pada 2024.

    Kemudahan itu akan menghasilkan kenderaan silang bersaiz sederhana yang boleh bergerak sejauh 500 kilometer dengan sekali caj. Ia dijangka akan diumumkan lewat tahun ini, dengan pengeluaran bermula pada 2023.

    Kenderaan elektrik sport crossover kedua juga akan dibina di sana mulai 2024. – AFP

    Ford akan menawarkan tujuh model kenderaan elektrik baharu di Eropah menjelang 2024 dan mengembangkan operasi di Jerman, Romania dan Turki. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda