Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Ford Fest 2024 tawar pelbagai aktiviti keluarga

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti, pertandingan dan aksi menarik untuk seisi keluarga, orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke Ford Fest 2024 anjuran Premier Automobiles Sdn Bhd yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas, hari ini.

    Pelancaran acara berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Premier Automobiles Sdn Bhd, Teng Chee How. Para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai juadah yang disajikan oleh penjual tempatan untuk mewujudkan suasana ceria dan menyeronokkan.

    Acara yang menjadi tarikan ialah kejohanan tarik kalat yang menyaksikan 24 pasukan dari seluruh Brunei bertanding untuk merebut gelaran juara tarik kalat.

    Di samping itu, seramai 20 orang peserta juga bertanding dalam Pertandingan Lelaki dan Wanita Terkuat di mana mereka mengambil bahagian dalam beberapa cabaran yang menguji ketahanan serta kekuatan masing-masing.

    Para pengunjung juga berpeluang menguji ketahanan mereka dalam acara cabaran, Built Ford Tough Challenge, yang menyaksikan peserta lelaki, wanita dan juga kanak-kanak mempamerkan kecerdasan serta kekuatan mereka untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

    Seorang peserta menguji ketahanan dan kekuatan dengan menyahut cabaran mengangkat tayar dalam sebuah acara yang diadakan di Kompleks Sukan Berakas, kelmarin. – GAMBAR OLEH LYNA MOHAMAD
    Kejohanan tarik kalat adalah antara acara yang mencuri tumpuan ramai semasa Ford Fest 2024 yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas. – GAMBAR OLEH LYNA MOHAMAD
    GAMBAR OLEH LYNA MOHAMAD
    GAMBAR OLEH LYNA MOHAMAD

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    STA HB anjur program latih kemahiran berbahasa Arab

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV - Sebagai usaha memperkukuh...

    8 sertai kelas asah kemahiran menjahit

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Lapan...

    19 pakar pendidikan terima lencana, sijil pelantikan

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV...

    Bladers negara sertai Beyblade X Serantau

    SINGAPURA, 11 NOV – Buat julung kalinya lima bladers...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...