Wednesday, March 26, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ford perkasa trak pikap F-150

    DETROIT — Buat pertama kali, Ford menawarkan enjin diesel pada trak pikap F-150, sekal gus menandakan beberapa perubahan kepada pikap paling laris Amerika pada model 2018 dan akan dijual pada musim luruh nanti.

    F-150 hanya dua tahun mengalami perubahan revolusioner. Pada tahun 2015, Ford mula membuat badan trak ini daripada aluminium untuk mengurangkan berat dan meningkatkan penjimatan bahan api. Beberapa bulan yang lalu, Ford memperkenalkan penghantaran baru trak ini yang dilengkapi transmisi 10-kelajuan.

    Kemas kini yang kerap menunjukkan F-150 adalah kenderaan penting untuk Ford, kata Pengarah Kanan Kandungan Cox Automotif, Karl Brauer. F-150 telah trak paling laris di negara ini sejak tahun 1977. Tahun lepas, Ford menjual lebih daripada 820,000 unit trak pikap F-Series atau 93 buah setiap jam.

    Ford Motor. Co menawarkan pickup versi diesel untuk tugasan berat tetapi setakat ini belum lagi dibuat untuk F-150. Pengurus Pemasaran Trak Ford Todd Eckert berkata, pelanggan meminta diesel untuk meningkatkan kapasiti menunda. Enjin diesel juga lebih cekap dan banyak membantu Ford memenuhi peningkatan tahap penjimatan bahan api.

    Ford F-150 2018 yang didedahkan pada Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara di Detroit pada 9 Januari lalu. – AP
    Ford F-150 2018 yang didedahkan pada Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara di Detroit pada 9 Januari lalu. – AP

    Ford juga memerlukan diesel atas sebab-sebab kompetitif. Pikap Nissan Titan dan Ram 1500 menambahkan versi diesel ke dalam beberapamodel mereka tahun lepas dan Fiat Chrysler berkata, diesel kini membentuk 10 hingga 15 peratus daripada jualan Ram.

    Ford tidak menyatakan peratus jangkaan untuk jualan F-150 diesel dan unjuran penjimatan bahan api versi baru model ini juga tidak didedahkan.

    Trak baru ini masih menggunakan rangka aluminium sebelah menyebelah dengan jeriji baru kelihatan lebih luas dan mendatar berbanding model semasa. ‘F-150’ yang besar akan ditampilkan pada bahagian belakang. Rodanya juga ditampilkan dengan reka bentuk baru.

    Pengerusi Eksekutif Ford Motor Co., Bill Ford bercakap pada Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara di Detroit pada 9 Januari lalu. – AP
    Pengerusi Eksekutif Ford Motor Co., Bill Ford bercakap pada Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara di Detroit pada 9 Januari lalu. – AP
    Bill Ford (kiri) mendengar Presiden dan Ketua Eksekutif Mark Fields pada Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara di Detroit pada 9 Januari lalu. – AP
    Bill Ford (kiri) mendengar Presiden dan Ketua Eksekutif Mark Fields pada Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara di Detroit pada 9 Januari lalu. – AP

    Selain diesel 3.0 liter, Ford juga menyediakan pilihan enjin V6 3.3 liter, versi dinaik taraf daripada 2.7 liter EcoBoost Ford V6 dan V8 5.0 liter. EcoBoost V6 3.5 liter yang dikeluarkan dalam tahun ini juga akan disediakan.

    Ford telah menambah ciri-ciri keselamatan pilihan termasuk brek automatik dengan pengesan pejalan kaki dan penyesuaian kawalan di zon trafik untuk pemanduan yang kerap berhenti. Trak baru ini juga akan bertindak sebagai hotspot Wi-Fi yang boleh dihubungkan dengan 10 peranti.

    Trak yang dipamerkan pada Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara ini akan dibuat di kilang Dearborn, Michigan dan Kansas City di Missouri. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda