Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ford tarik balik lebih 200,000 kenderaan

    MICHIGAN, 7 MEI – Ford Motor sedang menarik balik kenderaan Rangers model tertentu dari tahun 2004 hingga 2006 kerana penggantian inflator beg udara penumpang hadapan mungkin telah dipasang dengan tidak betul.

    Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) berkata dalam surat bahawa penarikan balik itu melibatkan 231,942 kenderaan.

    Kenderaan tersebut telah menerima penggantian inflator beg udara penumpang hadapan di bawah penarikan semula sebelum ini.

    Menurut NHTSA, inflator yang dipasang dengan salah mungkin tidak akan mengembangkan beg udara penumpang dengan betul, meningkatkan risiko kecederaan semasa kemalangan.

    Pihak pengedar akan memeriksa dan memasang semula inflator beg udara penumpang hadapan, jika perlu, secara percuma.

    Surat pemberitahuan dijangka akan dihantar kepada pemilik kenderaan yang terjejas pada 22 Mei.

    Ford memanggil semula kira-kira 98,000 Rangers untuk masalah yang sama pada bulan Februari, dan tindakan baru-baru ini menambah kira-kira 133,000 pikap. – AP

    Gambar fail bertarikh 26 April 2022 menunjukkan papan tanda Ford di sebuah pengedar di Springfield, Pennsylvania. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda