Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ford teruskan hasrat bina kilang di Mexico

    BANDAR MEXICO, 17 Feb – Ford masih meneruskan dengan rancangannya untuk membina dua kilang baru di Mexico, meskipun satu pengumuman pada bulan lalu bahawa ia telah membatalkan rancangan untuk pembinaan sebuah kilang di tengah negeri San Luis Potosi.

    Pembuat kereta AS itu berkata kilang di tengah negeri Guanajuato akan membina enjin dan sistem gear, sementara sebuah lagi di utara bandar Chihuahua akan membuat alat ganti kereta untuk digunakan oleh kilang Ford di Amerika Syarikat, Amerika Selatan dan Asia.

    Kedua-dua kilang akan menelan kos AS$2.5 bilion dan menggaji kira-kira 3,800 orang, kata presiden Gabriel Lopez, presiden dan CEO Ford Mexico.

    Ford kekal meneruskan hasrat untuk membina dua kilang baru di Mexico, meski sebelum ini membatalkan rancangan pembinaan sebuah kilang di negara itu. – AFP
    Ford kekal meneruskan hasrat untuk membina dua kilang baru di Mexico, meski sebelum ini membatalkan rancangan pembinaan sebuah kilang di negara itu. – AFP

    Ford tanpa amaran pada bulan lalu membatalkan rancangan untuk membina satu projek bernilai AS$1.6 bilion di San Luis Potosi.

    Ia adalah satu daripada beberapa syarikat Amerika yang menerima tekanan daripada Presiden AS Donald Trump, yang telah menawarkan ganjaran untuk mengekal beberapa pengeluar AS di Amerika Syarikat, dan mengugut yang lain dengan tarif tinggi jika mereka pergi.

    Ford, yang telah beroperasi di Mexico selama kira-kira 90 tahun, buat masa sekarang menggaji kira-kira 9,000 pekerja di Mexico, menurut Lopez. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda