Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Forest kutip tiga mata berharga

    WOLVERHAMPTON, 7 JAN – Nottingham Forest meneruskan musim yang menakjubkan dengan kemenangan 3-0 ke atas Wolves kelmarin, memberikan pengurus Nuno Espirito Santo kemenangan semasa kepulangannya ke Molineux.

    Pemain antarabangsa England, Morgan Gibbs-White dan Chris Wood yang mempamerkan prestasi terbaik berjaya menembusi gawang lawan sebelum separuh masa untuk membawa Forest berada enam mata di belakang pendahulu Liverpool.

    Manakala pemain gantian, Taiwo Awoniyi, pula melengkapkan jaringan dan kemenangan keenam berturut-turut untuk Forest pada masa kecederaan.

    Kekalahan itu menjadikan Wolves berada di luar zon penyingkiran hanya hasil perbezaan gol di mana mereka telah mengalami kekalahan pertama di bawah pengurus baharu, Vitor Pereira.

    Forest kekal di tempat ketiga dalam carta liga dan berkongsi mata dengan Arsenal.

    Prestasi mengejutkan daripada pemain kendalian Espirito Santo telah membuktikan bahawa mereka telah mempamerkan permainan yang mengagumkan dalam persaingan bola sepak untuk Liga Juara-juara musim depan.

    Mereka unggul lima mata di hadapan Newcastle yang berada di tempat kelima dan enam mata di hadapan juara Manchester City di tempat keenam.

    Penamat empat terbaik akan menjamin kembali ke pertandingan elit benua tersebut buat kali pertama dalam tempoh 45 tahun untuk juara Eropah dua kali itu. – AFP

    Reaksi Elliot Anderson (kiri), dari Nottingham Forest semasa perlawanan Liga Perdana di Stadium Molineux, Wolverhampton, England pada 6 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda