Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Format sambutan hari keputeraan ke-78 dirangka

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun, bagi Daerah Brunei dan Muara (DBM) telah diadakan di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, kelmarin.

    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-78.

    Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara di Daerah Brunei dan Muara, ahli-ahli jawatankuasa perayaan dan pengerusi-pengerusi acara sampingan bagi daerah ini.

    Pengiran Muhammad Ameer Mubarak dalam ucapannya menyatakan harapan supaya perancangan dan persiapan bagi setiap majlis atau acara bersempena ulang tahun keputeraan akan dilaksanakan dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan di samping menjaga rapi aspek kesihatan, kesejahteraan, keamanan serta keselamatan orang ramai, para peserta dan ahli-ahli jawatankuasa.

    Mesyuarat itu seperti lazimnya membincangkan mengenai pembubaran ahli-ahli jawatankuasa tadbir tertinggi bagi sambutan tahun lalu dan pelantikan ahli-ahli jawatankuasa tadbir tertinggi bagi sambutan perayaan tahun ini, selain menyampaikan laporan post-mortem acara-acara perayaan yang lalu.

    Turut dibincangkan adalah cadangan format dan atur cara majlis ramah mesra sambutan perayaan tahun 2024.

    Antara ahli jawatankuasa yang turut serta semasa mesyuarat tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Pengiran Muhammad Ameer Mubarak ketika hadir selaku pengerusi jawatankuasa sambutan perayaan ulang tahun keputeraan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...