Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fortescue umum operasi perlombongan sifar karbon

    CANBERRA, AUSTRALIA, 20 SEPT – Syarikat perlombongan bijih besi Australia Fortescue Metals Group hari ini mengumumkan pelan bernilai AS$6.2 bilion untuk menghapus bahan api fosil dan pelepasan karbon daripada operasinya pada akhir dekad ini.

    Pengeluar bijih besi keempat terbesar dunia itu menjangka dapat menjimatkan AS$818 juta setahun mulai 2030 berdasarkan harga semasa diesel, gas dan kredit karbon, menurut kenyataan Fortescue kepada Bursa Sekuriti Australia. Kebanyakan perbelanjaan di-rancang untuk tahun 2023-28. Ia termasuk penghasilan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 2-3 gigawat tambahan dan simpanan bateri serta armada trak dan kereta api perlombongan hijau.

    Sasaran pelepasan sifar karbon pada 2030 – tiada bahan api fosil dan penghapusan karbon, jika ada – akan menyekat pelepasan gas rumah hijau bersamaan dengan 3 juta tan metrik karbon dioksida setahun.

    Fortescue adalah anggota First Movers Coalition, platform yang dilancarkan Jabatan Negeri AS dan Forum Ekonomi Dunia pada tahun lalu untuk syarikat-syarikat menggunakan kuasa pembelian mereka dan rantaian bekalan untuk menyokong pasaran awal dalam teknologi tenaga bersih. – AP

    Jentera mengorek tanah kelihatan di tapak operasi bijih besi Fortescue Metals Group di rantai Pilbara, barat Australia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda