Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Forum beri kesedaran dan kefahaman mengenai Palestin

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Kita sebagai umat Islam adalah perlu untuk mengetahui tentang isu Palestin, lebih-lebih lagi tentang insiden yang terjadi baru-baru ini. 

    Sehubungan itu, lebih kurang 300 orang semalam menghadiri Forum Peduli Ummah 2.0 anjuran Kumpulan Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong dengan kerjasama AJK Takmir Masjid dan Persatuan WeCare bertempat di Masjid berkenaan. 

    Forum yang dipengerusikan oleh Haji Abdul Mateen Bolkini bin Haji Ahmad ini menampilkan ahli-ahli panel jemputan iaitu Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohd Yussof bin Haji Abdul Majid dan Penolong Pensyarah Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Awang Hilman bin Haji Salim.

    Forum yang bertajuk “Palestin: Jauh di Mata Dekat di Hati” bertujuan untuk memberikan kesedaran dan kefahaman kepada Masyarakat Islam di Brunei Darussalam khususnya berkenaan dengan isu Palestin terutamanya setelah insiden yang terjadi baru-baru ini. 

    Antara perkara yang disentuh oleh ahli panel adalah kepentingan untuk memahami sejarah Palestin, peranan sebagai umat Islam dan apa yang dapat disumbangkan kepada pihak Palestin.

    Forum juga menekankan kepentingan untuk membina keperibadian Muslim melalui institusi keluarga.

    Forum menampilkan ahli-ahli panel jemputan iaitu Awang Mohd Yussof bin Haji Abdul Majid dan Awang Hilman bin Haji Salim.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...