BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, mengakhiri forum maya yang membincangkan industri pelancongan dan hospitaliti Brunei sebagai kesinambungan kepada Siri BIBD SME360 10 bahagian.
Menurut kenyataan BIBD, acara dua hari itu bermula kelmarin dengan sesi bertajuk ‘Gambaran Industri Pelancongan dan Hospitaliti: COVID-19, Kini dan Masa Depan’.
Ahli-ahli panel dalam sesi pertama pada hari pertama ialah Pemangku Pengarah Jabatan Kemajuan Pelancongan, Dayang Salinah Salleh; Presiden Persatuan Hotel-hotel Brunei, Awang Mohd Iswandi bin Maaruf dan Pengarah Urusan BonAsia Holiday Management Services, Caroline Ang yang juga merupakan ahli Ejen Pelancongan Brunei.
Ia kemudian disusuli dengan sesi bertajuk ‘Mempromosikan Amalan-amalan Mapan dalam Industri Pelancongan’ yang disertai oleh Dr Gabriel Yong daripada Projek Environmental Impact Assessment, Environmental Systems & Bio-mimicry & Teraja Ecotourism Development, Universiti Brunei Darussalam (UBD); Pengurus Pembangunan di The Abode, Richard Ting; serta
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Poni Group, Thye Sing Wong.
Sesi terakhir pula membincangkan tajuk ‘Pelancongan berasaskan Komuniti: Tindakan Setempat, Impak Global’ yang menyaksikan penyertaan Pengasas Sumbiling Eco Village, Leslie Chiang dan Pengasas Eco Ponies Garden, Eyon Ukoi.
Manakala itu, topik pertama yang dibincangkan pada forum hari ini adalah ‘Menaikkan Standard dalam Industri Pelancongan dan Hospitaliti Brunei’ yang disertai oleh Pengurus Besar Royal Brunei Culinary, Haji Jeff bin Haji Hadiman, Pengurus Besar Hotel Radisson, Miriam Wolber dan Pengurus Hal Ehwal Korporat merangkap Pakar TVET di SEAMEO VOCTECH, Dayang Noorhayati Cynthia binti Abdullah,
Sesi kedua pula bertajuk ‘Pendigitalan dalam Industri Pelancongan dan Hospitaliti’ yang menampilkan Setiausaha Agung Persatuan Pelancongan ASEAN, Nigel Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif Dynamik Technologies Sdn Bhd, Dayang Haslina Taib.
Sesi terakhir pula memfokuskan terhadap ‘Pelancongan Gastronomi: Peluang-peluang dalam Pasaran Domestik dan Antarabangsa’ yang melibatkan Presiden Persatuan Makanan dan Minuman Brunei, Haji Nasir bin Dato Paduka Latif, Penerbit Majalah BIG, Wan Zainal Abidin serta pensyarah hospitaliti dan penilai kulinari di Kolej Perdagangan Laksamana, Matthew Beswick.
Menurut BIBD, semua topik yang dibincangkan adalah selaras dengan usaha BIBD untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pulih secara mapan susulan penularan wabak COVID-19 di negara ini.
