Thursday, October 17, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Forum dedah urus, tangani keresahan

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Unit Kaunseling dan Pelbagai Keperluan Pembelajaran, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS) dan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2024/2025 Persatuan Mahasiswa-mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) bergabung tenaga menganjurkan Forum ENDxiety; Halt The Storm, petang tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi sama-sama menyaksikan forum yang diadakan di Pusat Kesenian Pro-Canselor, UBD itu ialah Penolong Naib Canselor, UBD, Hajah Maudena binti Haji Abdul Hamid.

    Forum bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024 itu telah menyaksikan tiga orang panel jemputan yang terdiri daripada Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Ketua Bahagian Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid; Ketua Jabatan Perkhidmatan Psikiatris, Hospital RIPAS, Pengiran Dr Hajah Fariza Suryani binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; dan Psikologis Klinikal, Kementerian Kesihatan, Dayang Nor Syahmun binti Haji Matassan; manakala Penolong Profesor, Pensyarah Kejururawatan, UBD, Dr Deeni Rudita bin Idris selaku moderator.

    Turut hadir ialah para pegawai utama UBD, pegawai-pegawai, kakitangan dan mahasiswa dan mahasiswi UBD, serta institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta.

    Forum berkenaan turut diadakan untuk memberikan pendedahan dan persediaan awal kepada pelajar dan kesedaran kepada kakitangan awam tentang bagaimana untuk mengenal pasti, mengurus dan menangani keresahan dengan menggunakan kelengkapan ilmu dan teknik-teknik yang berkesan.

    Selain itu ia juga untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan komuniti serta mengurangkan stigma tentang keresahan dan memupuk perbualan topik ini secara terbuka dalam kalangan keluarga, tempat kerja dan komuniti.

    Tiga orang panel jemputan semasa forum berkenaan yang diadakan di Pusat Kesenian Pro-Canselor, UBD, kelmarin. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Hajah Maudena hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan forum berkenaan. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda