Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Forum galak pertukaran pandangan dalam institusi pertahanan

    REPUBLIK RAKYAT CHINA, 21 OKT – Sebagai sebahagian daripada lawatan rasminya ke republik ini, Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, turut menghadiri Forum Xiangshan Beijing ke-9.

    Forum yang berlangsung dari 20 hingga 22 Oktober itu telah dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Republik Rakyat China, Jeneral Wei Fenghe yang juga menyampaikan ucapan tahniah daripada Presiden China, Xi Jinping.

    Forum bertemakan Maintaining International Order and Promoting Peace in the Asia-Pacific tahun ini akan membincangkan mengenai beberapa topik termasuk hubungan negara-negara utama, pengurusan risiko keselamatan di Asia Pasifik serta kepentingan negara-negara sederhana dan kecil.

    Dimulakan pada tahun 2006, Forum Xiangshan Beijing bertujuan menggalakkan pertukaran pandangan dan kerjasama dalam kalangan institusi pertahanan, angkatan tentera, organisasi serta pakar-pakar antarabangsa dan kali ini ia telah dianjurkan bersama oleh China Association for Military Science dan China Institute for International Strategic Studies.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan rombongan akan bertolak meninggalkan Republik Rakyat China esok (22 Oktober).

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua semasa menghadiri Forum Xiangshan Beijing ke-9. – Gambar oleh Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda