Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Forum Kewangan Beijing hangat bincangkan RCEP

    BEIJING, 23 NOV – Sidang tahunan Forum Kewangan Beijing 2022 yang sedang berlangsung di Beijing hangat membincangkan mengenai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang baru memasuki tahun pertama pelaksanaannya, khususnya terhadap proses baharu kerjasama Asia.

    Dimaklumkan, pada 10 bulan pertama 2022, jumlah import eksport antara China dengan 14 buah negara anggota RCEP meningkat 8.4 peratus sekali gus mencerminkan kelebihan perdagangan bebas serantau.

    Presiden Bank Bangkok, Chartsiri Sophonpanich turut mengiktiraf kesan positif RCEP dengan memberitahu bahawa ia kondusif kepada kerjasama antara satu sama lain dan menjadi wahana interaksi negara Asia.

    “Walaupun tahun ini tahun pertama pelaksanaan RCEP, namun perkongsian rakan kerjasama ekonomi ini dipercayai akan menyediakan sumber positif kepada semua anggota,” kata beliau.

    Naib Pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan dan Insurans China (CBIRC), Zhou Liang menyeru negara Asia memperhebat penyelarasan dasar makro, menyempurnakan sistem interaksi rutin, memperdalam penyelarasan strategi pembangunan, meningkatkan kepantasan dalam menghubungkan sumber pasaran yang pelbagai dan memperkasakan penjanaan ekonomi.

    Pada masa sama, beliau berkata negara rantau itu perlu menginovasi dan memperkenalkan pengalaman kondusif dalam kewangan berkaitan peringkat akar umbi seperti pertanian, pembanterasan kemiskinan, perusahaan kecil dan mikro, mengembangkan kewangan hijau dan menyempurnakan sistem perkhidmatan inovatif dalam bidang sains dan teknologi.

    Zhou berkata adalah penting untuk negara-negara Asia mencipta persekitaran perkhidmatan kewangan digital yang terbuka dan adil tanpa diskriminasi, mengisi jurang perbezaan digital serta berusaha menjadikan lebih ramai orang dari pelbagai negara relevan dalam memanfaatkan pembangunan sosioekonomi secara lebih adil. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...