Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Forum kupas isu gaji, pekerja tempatan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai sektor termasuk teknologi, pendidikan, pemasaran, insurans dan perdagangan telah menghadiri Siri Power Lunch kali ketiga, 2023 yang berlangsung di Ruang Komuniti Baiduri, kelmarin.

    Dalam siri berkenaan, Bank Baiduri dan Persatuan Usahawan Muda Brunei (YEAB) menjadi tuan rumah yang mana ia adalah daripada inisiatif berterusan yang bermula pada November 2022, menyelidiki tema yang sangat relevan iaitu Gaji Minimum dan Mengekalkan Kakitangan Tempatan di Brunei.

    Sesi itu diketuai oleh Pengarah ASEAN dan Hal Ehwal Korporat di Majlis Perniagaan UK-ASEAN, Allen Lai dan ahli panel penceramah termasuk Pengasas EatWell.co dan HomeSuiteHome, Lily Imani; Pengasas Bersama TruTechnik dan The Final Drive, Dean Landon; dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Superfish Growers, Hazel Lim.

    Siri Power Lunch ialah acara suku tahunan yang direka untuk menyediakan forum interaktif kepada usahawan yang berfungsi sebagai platform dinamik bagi membincangkan cabaran perniagaan, bertukar-tukar amalan terbaik dan memupuk budaya kerjasama.

    Inisiatif ini antara lain bertujuan untuk memperkasakan usahawan, menggalakkan mereka agar muncul lebih kuat, bijak dan berani. Dengan menghimpunkan pelbagai kumpulan usahawan dan pemegang kepentingan industri utama, pertemuan ini menawarkan pandangan dan pe-luang rangkaian yang tidak ternilai.

    Gambar ramai peserta Siri Power Lunch kali ketiga. – GAMBAR SERAHAN YEAB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda