Monday, September 30, 2024
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Forum perkukuh hubungan perniagaan UK-Brunei

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Forum Perniagaan Britain Brunei (BBBF) telah menganjurkan ceramah untuk mengalu-alukan Pesuruhjaya Tinggi British baharu ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Alexandra McKenzie.

    Acara yang berlangsung baru-baru ini telah menghimpunkan pemimpin perniagaan, ahli forum dan tetamu untuk membincangkan peluang bagi mengukuhkan hubungan perniagaan antara United Kingdom dan Brunei Darussalam.

    Perbincangan utama tertumpu pada Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan kesannya terhadap Brunei serta isu-isu perdagangan, pertahanan, pendidikan, kemapanan, budaya dan Laporan Ekonomi Hijau UK-Brunei.

    Acara diakhiri dengan majlis makan malam, memberikan tetamu peluang untuk bertemu Puan Yang Terutama.

    PYT Alexandra McKenzie semasa sesi bergambar ramai bersama para tetamu yang hadir pada forum tersebut. – GAMBAR SERAHAN BBBF
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda