Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Forum perniagaan awam pada 28 Oktober ini

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Dewan Perniagaan Cina (CCC) Bandar Seri Begawan akan menganjurkan forum perniagaan awam buat julung-julung kalinya, pada 28 Oktober nanti, bertajuk Succeeding in a Small Economy di Hotel J, Kiulap.

    Menurut Presiden CCC, Lim Han Chiong, forum perniagaan berkenaan bertujuan menangani cabaran unik dan peluang yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam ekonomi kecil ini.

    Jelasnya, melalui forum tersebut, CCC ingin melibatkan diri dalam pertukaran yang membina dan praktikal bersama para pemimpin dan pengendali perniagaan berpengalaman yang telah mengharungi liku-liku dan kejayaan melalui teknologi digital serta pertukaran perdagangan asing tentang rahsia kejayaan dalam landskap dan era yang unik ini.

    Forum perniagaan itu akan menampilkan ucaptama daripada Pengerusi Asia Inc Forum, Dato Timothy Ong selaku tetamu kehormat, serta dua topik perbincangan panel iaitu Prospering Together dan Collaborating Outside the Box bertujuan merangsang idea-idea inovatif dan peluang baharu dengan mempelawa individu dari pelbagai sektor.

    Forum perniagaan CCC akan disokong oleh BEDB sebagai rakan kongsi strategik, dan ditaja oleh Bank Baiduri dan Hua Ho serta Curious Mind sebagai kurator program.

    Forum itu dibuka untuk pendaftaran bermula hari ini untuk 100 peserta. Ahli CCC dari Bandar Seri Begawan layak pendaftaran secara percuma dan ahli-ahli daripada kalangan orang awam akan menikmati kadar istimewa bagi early bird sebelum pertengahan September.

    Lim Han Chiong (tiga dari kanan) bergambar ramai bersama ahli jawatankuasa penganjur forum tersebut. – GAMBAR SERAHAN CCC

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda