Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Forum promosi budaya inovasi

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Amazon Web Services (AWS), penyedia terkemuka perkhidmatan cloud computing, bersama Datastream Digital (DST) Sdn Bhd baru-baru ini mengadakan Forum Inovasi Digital yang diadakan di The Empire Brunei, Jerudong.

Forum diadakan bertujuan untuk berkongsi beberapa pandangan tentang amalan terbaik Amazon untuk mempromosikan inovasi dan budaya inovasi.

Topik perbincangan iaitu Budaya Inovasi Pelik Amazon telah disampaikan oleh Ketua Program Inovasi, Asia Pasifik dan Jepun (APJ), AWS, Richard Taylor kepada kedua-dua pemain utama sektor awam dan swasta. Para peserta juga berkongsi mengenai inovasi mereka dan membincangkan cabaran dengan penceramah.

Ketua Pegawai Eksekutif DST, Radin Sufri bin Radin Basiuni berkongsi dalam ucapan alu-aluannya mengenai perjalanan inovasi DST dan bagaimana rangka kerja inovasi mereka telah memacu objektif perniagaan mereka.

“Sungguh bagus mengadakan perbincangan inovasi ini dengan pelbagai pihak berkepentingan dan berharap sesi berkenaan akan diteruskan selepas forum dan merangsang idea baharu yang boleh dibawa kembali ke tempat kerja mereka,” tambah Radin Sufri.

Mesej utama forum tertumpu kepada 16 prinsip kepimpinan yang diamalkan di Amazon.

Richard Taylor semasa menyampaikan topik perbincangan bertajuk Budaya Inovasi Pelik Amazon.
Radin Sufri semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Antara tetamu yang hadir bagi mendengar perkongsian daripada Ketua Program Inovasi, APJ, AWS, baru-baru ini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -