Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Forum tekan kepentingan kesejahteraan kehamilan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan JPMC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Bagi menekankan kepentingan kesejahteraan kehamilan Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dengan kerjasama Stemlife Berhad, Malaysia telah menganjurkan Forum Antenatal Awam di Hotel Radisson, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada forum yang bertujuan untuk mendidik dan memotivasikan golongan wanita untuk kekal sihat demi kesejahteraan mereka semasa kehamilan secara menyeluruh itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Stemlife Berhad, Malaysia, Raymond Wong.

    Raymond Wong antara lain menyentuh mengenai kepentingan sel tunjang daripada darah tali pusat anak damit baharu lahir, yang mana ia juga boleh membantu orang lain yang memerlukan rawatan bagi menyelamatkan nyawa.

    Beliau turut menekankan istilah hematopoietic stem cells, merujuk kepada sel tunjang pembentukan darah yang digunakan dalam pemindahan tulang sumsum yang boleh membantu merawat lebih 80 jenis penyakit darah.

    Forum telah mendengarkan pembentangan bertajuk Reducing Risks in Pregnancy yang disampaikan oleh Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, JPMC, Dr Hajah Siti Khadijah Ismail yang antaranya menekankan kepentingan pengoptimuman kesihatan sebelum merancang kehamilan, khususnya bagi wanita yang menghidap penyakit kronik.

    Dalam pada itu, beliau juga menggalakkan tingkah laku yang sihat dan kemahiran keibubapaan adalah penting semasa kehamilan. Penjagaan pranatal yang kerap oleh pakar membolehkan pencegahan atau pengesanan awal komplikasi seperti diabetes semasa hamil, hipertensi semasa hamil atau risiko lain dalam kehamilan.

    Forum turut menyaksikan sesi interaktif di mana seorang ibu berpengalaman berkongsi perjalanan pranatal dan pengalaman bersalinnya.

    Dr Hajah Siti Khadijah semasa menyampaikan pembentangan beliau yang bertajuk Reducing Risks in Pregnancy pada forum tersebut.
    Pemangku Ketua Pegawai Operasi, JPMC, Bun Pei Ling semasa menyampaikan cenderamata kepada Raymond Wong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda