OTTAWA, 26 JUN – Kumpulan pelombong di lombong emas Klondike di utara Kanada dikejutkan dengan penemuan fosil hampir lengkap seekor anak gajah purba ketika melakukan kerja-kerja penggalian.
Pakar paleontologi, Grant Zazula, berkata, fosil yang dinamakan Nun cho ga atau bermaksud anak haiwan besar itu kelihatan hampir sempurna apabila kulit dan bulunya masih terpelihara dengan baik.
“Saya tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fosil ini,” katanya.
Fosil itu ditemukan ketika kerja-kerja penggalian lombong dilakukan di kawasan tanah beku di selatan bandar Dawson di wilayah Yukon yang bersempadan dengan Alaska.
Anak gajah purba atau mammoth itu dipercayai betina dan mati semasa zaman ais, lebih 30,000 tahun lalu.
Penemuan tersebut secara tidak langsung menjadi fosil pertama yang hampir lengkap dan masih terpelihara ditemukan di Amerika Utara.
Sebahagian fosil gajah purba yang dinamakan Effie ditemukan pada 1948 di lombong emas di Alaska.
Satu lagi fosil gajah purba, Lyuba juga ditemukan di Siberia pada 2007.
Menurut kerajaan Yukon, saiz Nun cha go dan Lyuba dikatakan hampir sama. – AFP
