Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Fosil kura-kura abad pertama ditemui di Pompeii

    ROM, 24 JUN – Ahli arkeologi Pompeii telah menemui fosil kura-kura bunting yang dipercayai telah mencari perlindungan dalam runtuhan rumah yang musnah akibat gempa bumi kira-kira 2,000 tahun lalu.

    Kura-kura jenis Hermann sepanjang 14 sentimeter dan telurnya itu ditemui semasa penggalian di kawasan bandar purba Pompeii yang sedang dibina semula untuk pembinaan tempat mandi awam, menurut kenyataan daripada pegawai kelmarin.

    Pompeii telah musnah selamanya selepas letusan gunung berapi pada tahun 79 Masihi.

    Ahli arkeologi juga mengesyaki bahawa kura-kura tersebut telah mencari perlindungan dalam runtuhan rumah yang rosak teruk akibat gempa bumi.

    Ketua pengarah Pompeii, Gabriel Zuchtriegel, berkata, fakta bahawa kura-kura itu masih bersama telurnya menunjukkan ia mati sebelum mencari tempat yang selamat untuk menetas.

    Ia bukan kura-kura pertama ditemui di Pompeii dan Zuchtriegel berkata tumpuan penting penggalian dan penyelidikan semasa adalah berkaitan bahan organik dan pertanian yang ditemui di luar pusat bandar Pompeii.

    Penemuan kura-kura itu, menurut Zuchtriegel, ialah mozek hubungan antara budaya dan alam semula jadi, komuniti dan persekitaran yang mewakili sejarah purba Pompeii. – AP

    Fosil kura-kura darat dengan telurnya yang ditemui di kawasan Terme Stabiane di dalam Taman Arkeologi Pompeii. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...