Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fosil mamalia kecil berusia 74 juta tahun ditemui di Chile

    SANTIAGO, 12 OGOS – Ahli sains di Chile menemui fosil mamalia bersaiz tikus yang hidup pada zaman dinosaur, berusia kira-kira 74 juta tahun, di kawasan Patagonia Chile.

    Mamalia yang dinamakan Yeutherium pressor itu dianggarkan seberat 30 hingga 40 gram dan hidup pada zaman batu kapur, ketika benua Amerika Selatan merupakan sebahagian daripada daratan besar Gondwana.

    Menurut ketua pasukan penyelidik dari Universiti Chile dan Pusat Penyelidikan Millennium Nucleus, Hans Puschel, fosil tersebut terdiri daripada serpihan rahang kecil dengan sebatang gigi geraham lengkap serta mahkota dan akar dua lagi geraham.

    Penemuan itu diterbitkan bulan ini dalam jurnal saintifik Britain, Proceedings of the Royal Society B.

    Fosil berkenaan dijumpai di Lembah Rio de las Chinas, wilayah Magallanes, kira-kira 3,000 kilometer di selatan Santiago.

    Walaupun menyerupai tikus kecil, Yeutherium pressor dipercayai mamalia yang bertelur seperti platipus atau membawa anak dalam kantung seperti kanggaru atau opossum. Bentuk giginya menunjukkan ia mungkin memakan tumbuhan bertekstur keras.

    Mamalia kecil itu pupus secara tiba-tiba pada penghujung zaman Kapur, sekitar 66 juta tahun lalu, bersama dinosaur yang hidup sezaman dengannya. – AFP

    Gambar ilustrasi oleh Mauricio Alvarez ini menggambarkan ‘Yeutherium pressor,’ mamalia kecil yang hidup pada zaman dinosaur di kawasan yang kini selatan Chile. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda