Wednesday, April 2, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fosil panda gergasi purba ditemui di China

    GUIYANG, 9 DIS – Penyelidik dari China telah menemui fosil panda gergasi semasa ekspedisi terbaharu di Gua Shuanghe, Daerah Suiyang, Wilayah Guizhou, barat daya China.

    Menurut para penyelidik, penemuan ini merupakan fosil panda gergasi ke-47 yang ditemui di gua tersebut.

    Wang Deyuan, pembantu penyelidik di Akademi Sains Guizhou dan ketua ekspedisi itu, berkata bahawa Gua Shuanghe memiliki sistem gua yang maju dan menyediakan persekitaran yang baik untuk pemeliharaan fosil.

    “Fosil panda gergasi menyediakan sumber yang boleh dipercayai untuk kajian tentang evolusi saiz spesies ini.

    “DNA purba yang ditemui dalam fosil ini boleh memberikan pemahaman tentang tabiat pemakanan dan evolusi genetik panda gergasi, serta perubahan paleo-iklim dan paleo-persekitaran di Gua Shuanghe,” kata Wang.

    Sejak lewat 1980an, Gua Shuanghe telah menjadi lokasi 23 ekspedisi saintifik bersama pada peringkat antarabangsa.

    Sebanyak 47 fosil panda gergasi telah ditemui di gua tersebut sejak 2003, dengan fosil tertua berusia sekurang-kurangnya 100,000 tahun, manakala fosil termuda hanya berusia beberapa ratus tahun.

    Gua Shuanghe mempunyai panjang keseluruhan 437.1 kilometer, menjadikannya gua terpanjang di Asia dan gua ketiga terpanjang di dunia. Xinhua

    Foto yang diambil pada 11 Oktober menunjukkan para saintis sedang menjalankan kerja di rangkaian Gua Shuanghe, yang terletak di Suiyang, Wilayah Guizhou, barat daya China. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda