Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fosil spesies baharu ditemui di Arizona

    ARIZONA, 16 OKT – Para penyelidik telah menemui fosil haiwan reptilia kecil di dalam hutan di timur Arizona.

    Spesies baharu itu telah diberi nama Skybalonyx skapter, sebahagian daripada kumpulan yang dikenali sebagai drepanosaur dari Zaman Triassic, kira-kira 220 juta tahun lalu.

    Taman Negara Hutan Petrified di luar Holbrook dianggap sebagai salah satu tempat utama untuk mengkaji tumbuhan dan haiwan dari tempoh itu, ada kalanya dikenali sebagai era permulaan dinosaur.

    Penyelidik berkata reptilia purbakala adalah pelik disebabkan morfologi yang termasuk kuku kedua yang besar, paruh seperti burung dan ekor dengan sepit.

    Ia mungkin kelihatan seperti kacukan di antara tenggiling dan sumpah-sumpah.

    Mereka berkata spesies baharu itu mungkin lebih pelik disebabkan ia mempunyai kuku yang membenarkannya mengorek lubang, dan bukannya memanjat dan hidup di atas pokok, tidak ubah seperti tikus.

    Fosil ditemui oleh sekumpulan penyelidik dari taman itu, Virginia Tech, Universiti Washington, Universiti Arizona, Universiti Idaho dan Muzium Sejarah Asli Virginia. Mereka menyiarkan hasil dapatan mereka pada awal bulan ini dalam Jurnal Paleontologi Vertebrat. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda