Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fosil tapak kaki dinosaur kecil ditemui di barat laut China

    LANZHOU, 7 OGOS – Satu set lima tapak kaki dinosaur kecil dari zaman Cretaceous telah ditemui di barat laut Wilayah Gansu China, dipercayai antara jejak dinosaur terkecil yang diketahui di dunia.

    Pekerja dari muzium dinosaur di Linxia Global Geopark di Wilayah Autonomi Hui Linxia menemuinya di geopark itu pada awal Ogos selepas hujan berterusan mendedahkan kesan tapak kaki berkenaan pada permukaan batu yang telah diluluhawa. Setiap tapak kaki berukuran kira-kira satu hingga tiga sentimeter panjang.

    Xing Lida, seorang profesor bersekutu di Universiti Geosains China (Beijing), menyatakan bahawa tapak kaki berkenaan mula ditemui di Lembangan Sichuan di negara itu dan kemudian ditemui di Wilayah Shandong dan kemudian Republik Korea. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda