Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Foto Messi menang Piala Dunia catat rekod baharu

    ANKARA, 20 DIS – Gambar Lionel Messi memenangi Piala Dunia FIFA menerima paling banyak ‘like’ berbanding foto yang dimuat naik atlet lain di Instagram.

    Catatan Messi, berbunyi “JUARA DUNIA!!!!!!!,” mendapat lebih 49.8 juta ‘like’ di platform media sosial sejak dimuat naik pada Ahad, lapor agensi Anadolu.

    Foto itu menyaksikan Messi menjulang trofi Piala Dunia sambil meraikan kemenangan gemilang Argentina ke atas juara bertahan, Perancis.

    Jumlah ‘like’ itu mengatasi hantaran sebelum ini termasuk dari Cristiano Ronaldo dan gambar Messi bermain catur yang sebelum ini mencatatkan rekod kira-kira 42 juta ‘like’ di Instagram.

    Messi mempunyai lebih 400 juta pengikut di Instagram.

    Pada Ahad, pasukan Argentina yang diketuai Messi menewaskan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti. – Bernama

    Antara foto Messi menang Piala Dunia yang dimuat naik di Instagram. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda