Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Foto tentera Jin BTS tersebar 

    Umum sedia maklum, salah seorang anggota kumpulan BTS iaitu Jin sedang menjalani latihan ketenteraan sejak 13 Disember lalu.

    Sejak Jin atau Kim Seok Jin, 31, menyertai latihan ketenteraan ramai peminat merinduinya apatah lagi tidak dapat menatap wajah terkininya.

    Bagaimanapun, baru-baru ini tular foto Jin segak dalam uniform tentera sehingga membuatkan peminat jadi tak keruan. Bukan itu sahaja, Jin juga dilihat gagah dalam persalinan itu sambil memegang senjata api.

    Difahamkan foto tersebut diambil oleh peminatnya menerusi The Camp yang merupakan aplikasi rasmi milik tentera Korea Selatan.

    Sehubungan itu, ramai peminat penyanyi itu memberikan kata-kata semangat kepada bintang kpop berkenaan.

    “Betul ke ini Kim Seok Jin? Kalau betul terus bersemangat ya sayang. Tengok gambar ini terus rasa sedih bercampur bangga. Rindu dekat gelagat dia.

    “Tersentuh lihat gambar Jin, hati-hati sayang jangan sampai terluka,” antara komen warganet.

    Untuk rekod, Jin ditempatkan ke unit barisan hadapan tentera dan dia bakal melaksanakan tugas latihannya selama 18 bulan. – Agensi

    Jin BTS segak mengenakan uniform tentera. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda