Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    FPAB lantik ahli majlis baharu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Persatuan Perancangan Kewangan Brunei (FPAB), hari ini, telah mengendalikan mesyuarat agung tahunan keempat untuk menandakan pembubaran ahli Majlis FPAB sesi 2019/2021 dan pelantikan ahli Majlis FPAB yang baharu untuk sesi 2021/2023.

    Mesyuarat agung berkenaan telah dilaksanakan melalui Zoom dan disertai oleh ahli-ahli FPAB yang menyaksikan Haji Shamsul bin Haji Muhamad yang merupakan naib presiden 2019/2021 dilantik sebagai presiden baharu bagi menggantikan Hajah Raeidyah binti Haji Bujang, presiden sesi 2019/2021.

    Manakala itu, Calvin Kong Lin Kae dilantik sebagai naib presiden, Awang Rithwan bin Haji Ahmad sebagai setiausaha dan Chan Leang Seng sebagai bendahari yang melengkapkan ahli Majlis FPAB yang baharu.

    Hajah Raeidyah binti Haji Bujang selaku pengerusi mesyuarat menyatakan harapan agar ahli majlis yang baharu dapat membantu FPAB mencapai objektifnya dalam menyokong usaha berterusan negara untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang celik kewangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda