Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fraidden Dawan dedikasi emas buat keluarga

    PHNOM PENH, 4 JUN – Perenang para Malaysia, Fraidden Dawan mendedikasikan pingat emas dimenangi pada Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 di Kemboja kepada keluarga yang sentiasa memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada beliau setiap kali menyertai kejohanan antarabangsa.

    Atlet berusia 37 tahun itu berkata isteri, Bibyanna WJ, 39, serta dua anaknya Evangeline Fraidden, 7, dan Frederick Fraidden, setahun, adalah penguat semangat buat dirinya untuk memastikan Jalur Gemilang terus gah berkibar di pentas antarabangsa.

    Beliau yang membuat penampilan kali ketujuh pada temasya Sukan Asia Tenggara itu cemerlang menyandang gelaran juara menerusi acara 400 meter (m) gaya bebas S10 (kecacatan anggota kaki) lelaki di Pusat Akuatik di Stadium Morodok Techo.

    “Saya sangat berbangga apa yang saya rancang memang menjadi untuk hari ini.

    Kemenangan ini sudah semestinya untuk Malaysia namun yang paling utama, buat keluarga sendiri sebab mereka sentiasa ada ketika susah dan senang. – Bernama

    Fraidden Dawan (kiri) bergambar bersama pingat emas yang dimenanginya di Pusat Akuatik di Stadium Morodok Techo, di sini kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda