LONDON, 29 APRIL – Peluang Carl Frampton untuk menjadi petinju pertama Ireland untuk menjadi juara dunia pada tiga kategori berbeza terpaksa ditangguhkan tetapi kebimbangan terbesarnya adalah masa depan sukan tersebut secara global.
Petinju berusia 33 tahun itu memberitahu AFP kekacauan yang disebabkan oleh pandemik koronavirus bermakna dia akan bernasib baik jika dia berpeluang untuk bertarung dengan juara WBO super-featherweight, Jamel Herring pada tahun ini.
Pertarungan tersebut bakal mengambil tempat di bandar kelahiran Frampton, Belfast, di Utara Ireland, pada 13 Jun.
Meskipun kecewa disebabkan oleh penangguhan, Frampton berkata dia berada di posisi yang lebih baik dari kebanyakan petinju lain, yang memerlukan ‘kehadiran peminat’ untuk mencari wang.
“Kerisauan saya untuk petinju-petinju ialah lebih dari satu peratus dari petinju di seluruh dunia boleh hidup dengan senang tanpa perlu bertarung dengan kerap,” katanya.
“Saya tahu hidup dari wang hadiah dari kejohanan dan perjanjian dari penaja yang mana ia adalah urus niaga yang kecil.”
“Sejujurnya saya merasa simpati kepada mereka kerana mereka mempunyai impian dan aspirasi dalam diri mereka. Kerisauan saya ialah berputus asa untuk menjadi juara.”- AFP