Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Frankfurt teruskan kecemerlangan Liga Europa

    LONDON, 29 APRIL – Eintracht Frankfurt mendahului separuh akhir Liga Europa menentang West Ham selepas pemain tengah Jepun Daichi Kamada memberikan kemenangan 2-1 pada pusingan pertama awal pagi tadi.

    Skuad kendalian Oliver Glasner tiba di Stadium London sebagai ‘under dog’ berdepan pasukan West Ham yang berada di musim terbaik mereka selama bertahun-tahun.

    Walau bagaimanapun, Ansgar Knauff memberikan Frankfurt permulaan yang sempurna dengan gol selepas hanya 49 saat semasa sepak mula baru dimulakan.

    Michail Antonio menyamakan kedudukan dengan gol pertamanya dalam 11 perlawanan, namun Kamada memperoleh kemenangan dengan penyudah jarak dekat pada separuh masa kedua.
    Frankfurt bergelut dalam Bundesliga musim ini, namun beraksi cemerlang di Liga Europa.

    Mereka sudah pun mengejutkan Barcelona di suku akhir dan ini merupakan satu lagi persembahan yang tidak dapat dilupakan, meletakkan mereka di kedudukan hadapan untuk mara ke pusingan akhir menentang RB Leipzig atau Rangers.

    Frankfurt, yang satu-satunya menjuarai gelaran Eropah pada Piala UEFA 1980, boleh menyempurnakan tugas itu apabila mereka menjadi tuan rumah perlawanan kedua pada 5 Mei nanti. – AFP

    Reaksi Daichi Kamada selepas menjaringkan gol semasa separuh akhir Liga Europa. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...