Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Frappart pengadil wanita pertama L1

    AMIENS, Perancis, 29 April – Stephanie Frappart berkata dia ‘merasa berbangga’ selepas menjadi pengadil perlawanan wanita pertama di Perancis mengetuai perlawanan Ligue 1 semalam ketika dia menyelia perlawanan Amiens seri tanpa jaringan menentang Strasbourg.

    Pengadil berusia 35 tahun itu yang menjadi pengadil Ligue 2 sejak 2014, dilantik oleh Persekutuan Bolasepak Perancis untuk membantu para pengadil yang terlibat dalam persaingan Piala Dunia Wanita tahun ini.

    “Saya merasa bangga selepas perlawanan ini,” katanya. “Saya rasa saya mampu melakukan apa yang mereka mahukan, dan saya memiliki kualiti itu untuk mengadili perlawanan Ligue 1.

    “Ia adalah perlawanan bola sepak yang menarik. Saya mengenali ramai pemain dari kedua-dua pasukan baik dari Ligue 2 atau (divisyen tiga) Kebangsaan.

    “Saya menyedari perlawanan ini berada dalam sejarah. Anda boleh melihatnya dari semua kehadiran media minggu ini, melainkan anda berada di planet lain.”

    Ketua pengarah liga Perancis, Quillot memberitahu BeIN Sports sebelum perlawanan, “Kami gembira dengan pelantikan ini. – AFP

    Frappart meninggalkan padang selepas selesai mengendalikan perlawanan liga Amiens SC dan Strasbourg di Stadium Licorne, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda