Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Freddy badai Madagascar, empat maut

    ANTANANARIVO, 22 FEB – Siklon tropika kuat Freddy melanda sebahagian kawasan di Madagascar hari ini, membunuh empat orang di pulau Lautan India itu, kata pihak berkuasa pengurusan bencana.

    Seorang lelaki berusia 27 tahun mati lemas di perairan laut bergelora semalam sebelum ribut, membawa angin kencang dengan kelajuan 130 kilometer sejam, mendarat.

    Namun pihak berkuasa berkata angka kematian meningkat kepada empat orang hari ini.
    Ribut itu telah menjejaskan 16,600 orang, menurut Pejabat Pengurusan Risiko Kebangsaan (BNGRC).

    Ia membawa hujan yang kurang daripada dijangka, namun angin kencang menerbangkan bumbung bangunan serta memusnahkan sawah padi dan menumbang pokok buah-buahan.

    Ribut itu mendarat di utara Mananjary, bandar pantai dengan 25,000 penduduk yang masih sedih dengan Siklon Natsirai tahun lalu, yang membunuh lebih daripada 130 orang di seluruh Madagascar. – AFP

    Seorang lelaki berjalan di depan bangunan rosak di daerah Mananjary, Madagascar kelmarin selepas siklon Freddy melanda negara itu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda