Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Freya terpaksa dibunuh atas faktor keselamatan orang ramai

    ANKARA, 15 OGOS – Seekor anjing laut (walrus) yang dinamakan Freya, yang menjadi tarikan popular di kalangan pengunjung ke pantai Norway, dibunuh oleh pihak berkuasa kelmarin atas faktor keselamatan.

    “Keputusan untuk membunuh haiwan itu dibuat berdasarkan penilaian keseluruhan akan ancaman berterusan dibawanya terhadap keselamatan manusia,” lapor agensi Anadolu memetik Ketua Pengarah Perikanan, Frank Bakke-Jensen dalam satu kenyataan.

    “Kami telah mempertimbangkan semua penyelesaian yang mungkin dengan teliti. Kami merumuskan bahawa kami tidak dapat menjamin kebajikan haiwan itu melalui apa-apa cara yang ada,” tambahnya.

    Menyedari akan tindak balas yang mungkin timbul di-sebabkan keputusan itu, Bakke-Jensen berkata “nyawa dan keselamatan manusia mesti diutamakan.”

    Freya, yang dinamakan sempena nama dewi kecantikan dan cinta masyarakat Norse, sering dilihat di Oslo Fjord, dan pihak berkuasa beberapa kali memberi amaran kepada orang ramai untuk menjauhi anjing laut itu.

    Bagaimanapun, menurut kenyataan Direktorat Perikanan sebelum ini, orang ramai tidak mematuhi amaran itu.

    Freya mula dikenali selepas menaiki bot untuk berjemur dan kadangkala menenggelamkannya kerana berat badannya yang mencecah 600 kilogram. Dalam satu kejadian, polis terpaksa mengepung kawasan mandian selepas anjing laut itu mengejar seorang wanita ke dalam air. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...