KUCHING, 26 JUN – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedia menawarkan kepakaran, perkhidmatan dan hasil penyelidikannya bagi membantu industri perhutanan Sarawak ke arah penggunaan sumber-sumber berasaskan hutan secara lestari.
Sebagai permulaan, FRIM telah menganjurkan program Bicara Teknologi FRIM dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak bersama lebih 100 peserta termasuk syarikat pengusaha konsesi kawasan pembalakan, syarikat pengusaha berasaskan kayu seperti kilang papan, papan lapis, pengeringan kayu dan perabot di Kuching hari ini. – Bernama