LOS ANGELES, 29 JUN – Dylan Frittelli dari Afrika Selatan bakal terlepas kejohanan Rocket Mortgage Classic minggu depan di Detroit setelah menjalani ujian COVID-19 dan disahkan positif, kata Jelajah PGA kelmarin.
Frittelli, yang juga terlepas dalam Kejuaraan Travelers hujung minggu ini di Connecticut, telah menarik diri dari kejohanan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.
“Saya tidak mengalami masalah dan merasa hebat secara fizikal dan terkejut serta kecewa apabila mengetahui ujian virus saya positif hari ini,” kata Frittelli, yang kini dalam pengasingan diri.
Jelajah PGA mengatakan bahawa pihaknya telah mengesan siapa saja yang mungkin berhubung kontak dengan Frittelli tetapi tidak mengesyorkan sebarang ujian tambahan pada masa ini.
“Saya sangat berterima kasih atas bantuan, prosedur dan protokol PGA, yang akan terus saya ikuti semasa pengasingan diri saya, agar semua orang selamat,” kata Frittelli yang berusia 30 tahun. “Saya tidak sabar untuk kembali ke jelajah golf setelah selamat melakukannya nanti.” – AFP