BENITACHELL, Sepanyol, 29 Ogos – Chris Froome mengorak langkah besar untuk melakarkan sejarah dua kemenangan Tour de France-Vuelta a Espana dengan memenangi peringkat kesembilan Vuelta pada Ahad lalu bagi melanjutkan pendahuluan perlumbaannya.
Froome melakukan pecutan dengan perlumbaan hanya berbaki 500m dalam pendakian kategori pertama bagi peringkat 174km dari Orihuela ke Benitachell untuk menang dengan catatan masa 04jam 07minit 13saat dari pencabar terdekatnya, Esteban Chaves dan Michael Woods dari Kanada.
“Ia adalah menarik hari ini,” Froome memberitahu stesen TV Sepanyol, Teledeporte.
“Ia adalah satu perasaan yang menarik untuk berada di penghujung blok pertama dengan jersi merah dan juga mengurangkan jurang dari pelumba GC yang lain.”
Chaves dari Colombia tercicir 36 saat di belakang Froome dalam klasifikasi umum dengan Nicolas Roche dari Ireland di tempat ketiga dengan mencatatkan masa 01minit 05saat.

Tetapi Froome, yang berazam untuk menjadi penunggang ketiga bagi memenangi Jelajah dan Vuelta pada tahun yang sama, mula mengumpulkan kelebihan signifikan ke atas pesaingnya dalam klasifikasi umum.
Vincenzo Nibali ketinggalan 14 saat di peringkat itu untuk ketinggalan 01 minit 17saat di belakang Froome di tempat keempat dengan Fabio Aru ketinggalan 16saat lagi di tangga ketujuh keseluruhan.
Dan kemenangan di atas Cumbre del Sol adalah kegembiraan tambahan bagi Froome setelah tewas kepada Tom Dumoulin dengan pendakian yang sama dua tahun lalu.
“Ia masih dalam minda saya pagi ini,” tambah Froome.
“Menyaksikan keadaan dua tahun lalu dalam bas pagi ini hanya untuk benar-benar mengira pendakian dan tahu bila masa yang tepat untuk memberikan tolakan. Saya merasa hebat hari ini.” – AFP