Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Froome impikan juara Giro 2018

    MILAN, 30 Nov – Juara Tour de France, Chris Froome (gambar) semalam mengesahkan dia akan berlumba dalam perlumbaan Giro d’Italia pada tahun depan yang bermula dari Baitulmqadis menuju Rome ketika dia berusaha menyasarkan tiga kemenangan Grand Tour.

    “Ciao (hai) semuanya, saya bersedia untuk bertemu anda di garisan permulaan Giro d’Italia, 2018,” kata Froome dalam mesej video pendek yang dimainkan ketika majlis memperkenalkan laluan perlumbaan bagi 2018 yang diadakan di Milan.

    Penunggang itu, 32, berkata ia adalah “semangat baru” untuk memburu trofi Grand Tour ketiga berturut-turut selepas memenangi keduanya pada Tour de France dan Vuelta a Espana pada tahun lepas.

    Pemenang Tour de France empat kali itu telah bersaing di Giro dua kali dan tidak sejak pembatalannya pada 2010 kerana berpegang kepada motosikal.

    ‘Ia adalah situasi yang unik bagi saya, setelah memenangi Tour dan Vuelta dan sekarang berpeluang untuk pergi ke Giro dan berusaha untuk memenangi Grand Tour ketiga berturut-turut,’ kata Froome, kelahiran Kenya, yang berusaha untuk menjadi penunggang ke tujuh untuk memenangi ketiga-tiga Grand Tour.

    Dia mungkin penunggang ketiga dalam sejarah untuk memegang ke semua tiga gelaran pada masa yang sama, kejayaan yang sebelum ini dicapai oleh Eddy Merckx pada 1973 dan Bernard Hinault pada tahun 1983.

    Penunggang dari Britian itu memenangi gelaran Vuelta a Espana pada September lalu untuk menjadi penunggang ketiga, selepas Jacques Anquetil dari Perancis (1963) dan Hinault (1978), memenangi Tour dan Vuelta pada tahun yang sama.

    Froome juga akan menjadi penunggang yang pertama sejak mendiang Marco Pantani pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan memenangi Giro dan Tour pada musim yang sama.

    ‘Ia begitu menarik mampu untuk mendapatkan cabaran yang baru, melakukan sesuatu yang mungkin tidak dijangka orang ramai dan untuk menggabungkannya,’ katanya. ‘Ia adalah motivasi yang baru bagi saya untuk melihat jika saya boleh menghasilkan sesuatu yang istimewa pada tahun depan.

    ‘Saya merasakan seperti kerjaya berbasikal saya bermula di Itali dalam beberapa keadaan. Saya tinggal di sana selama tiga tahun apabila saya memulakan kerjaya saya sebagai penunggang professional, jadi mendapatkan peluang untuk kembali ke Giro dalam kedudukan saya sekarang, dan dengan peluang yang saya miliki, saya merasakan seperti melengkapkan kitaran.”- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda