Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Froome sertai Jelajah de France

    PARIS, 23 JUN – Juara empat kali, Chris Froome dinamakan dalam pasukan Premier-Tech dari Israel, kelmarin, untuk menyertai Jelajah de France pada bulan depan.

    Froome, 37, berjaya merangkul kemenangan terakhir dalam kejohanan Jelajah pada 2017 tetapi bergelut kerana mengalami kecederaan yang boleh mengancam kerjayanya pada Jun 2019.

    Pemain asal Britain itu akan disertai oleh beberapa penunggang veteran seperti Michael Woods, 35, dari Kanada dan penunggang berusia 37 tahun, Dane Jakob Fuglsang di barisan hadapan di Denmark pada awal Julai nanti.

    “Ia sangat menakjubkan untuk memulakan Jejalah de France ke-10 saya bersama pasukan dari Israel, Premier Tech,” Froome dipetik sebagai berkata dalam kenyataan pasukan tersebut.

    “Saya berusaha bersungguh-sungguh terutamanya pada tahun ini dan saya menantikan untuk memberikan segala-galanya.

    “Kami mempunyai beberapa kumpulan penunggang terbaik dalam barisan pasukan dan tidak sabar untuk memulakan pertandingan di Copenhagen,” katanya.

    Terdahulu, Groupama-FDJ mengumumkan bahawa penunggang harapan tuan rumah, Thibaut Pinot akan turut bertanding dalam jelajah tersebut selepas terlepas dalam kejohanan Grand Boucle pada musim lalu yang menyaksikan kemenangan Giro d’Italia.

    Sementara itu, penunggang-penunggang yang akan menyertai Jelajah dari pasukan Premier Tech ialah Jakob Fuglsang dari Denmark, Michael Woods dari Kanada, Chris Froome dari Britain, Daryl Impey dari Rusia, Simon Clarke dari Australia, Hugo Houle dari Kanada, Krists Neilands dari Latvia dan Omer Goldstein dari Israel. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Chris Froome meraikan catatan pendahuluan jersi kuning meraih podium pada perlumbaan peringkat akhir di Jelajah de France pada 23 Julai 2017. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...