CHAMPERY, 17 JUN – Jakob Fuglsang dari Denmark dan penunggang Astana memenangi perlumbaan lapan hari Criterium du Dauphine pada Ahad, sekali gus menggariskan statusnya sebagai salah seorang pelumba pilihan untuk Tour de France bulan depan.
Penunggang Ineos, Dylan van Baarle dari Belanda memenangi peringkat kelapan ketika Adam Yates dari Britain ketinggalan selepas jatuh sakit ketika perlumbaan berbaki 50 kilometer untuk selesai di tempat kedua secara keseluruhan.
Fuglsang, 34, yang cukup cergas memenangi monumen Liege-Bastogne-Liege dan menaiki podium dalam dua klasik sebelum ini Beliau juga memenangi perlumbaan ini pada 2017 selepas memintas Richie Porte di Australia pada hari terakhir. – AFP
