FUZHOU, CHINA, 25 JULAI – Wilayah Fujian di China meningkatkan tahap respons kecemasan taufan kepada Tahap III, ketika Taufan Doksuri semakin menghampiri, lapor Xinhua.
Ibu pejabat kawalan banjir dan bantuan kemarau wilayah menaikkan tahap itu pada 6 petang kelmarin.
Menurut pemantauan pusat meteorologi, Taufan Doksuri terbentuk di perairan timur Filipina pada Jumaat dan berkembang menjadi taufan kuat pada 8 pagi Isnin.
Jabatan Meteorologi meramalkan Doksuri akan bergerak ke barat laut pada kelajuan 10 hingga 15 kilometer sejam dan dijangka mendarat di antara pantai selatan dan tengah Wilayah Fujian serta pantai timur Wilayah Guangdong pada pagi Jumaat. – Bernama
