Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Fujifilm tingkat pelaburan AS$1.2b di AS

    TOKYO, 12 APRIL – Fujifilm hari ini berkata bahawa ia akan meningkatkan pelaburannya dalam kilang bioteknologi yang dirancang di Carolina Utara sebanyak AS$1.2 bilion pada masa yang sama ketika hubungan perdagangan antara Jepun dan Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan.

    Suntikan tunai untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk ubat antibodi membawa ‘jumlah pelaburan dalam fasiliti itu kepada lebih AS$3.2 bilion’, kata syarikat itu.

    Ia merancang agar fasiliti itu mencapai kapasiti penuh menjelang 2028 dan berkata jumlah pelaburannya akan mewujudkan 1,400 pekerjaan tempatan.

    Pengumuman itu berlaku semasa Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dalam lawatan ke Amerika Syarikat sebagai tetamu negara.

    Suasana antara Washington dan Tokyo pada sidang kemuncak itu diganggu oleh penentangan Presiden Joe Biden terhadap cadangan pengambilalihan US Steel bernilai AS$14 bilion oleh Nippon Steel, yang berpangkalan di negeri medan pertempuran pilihan raya utama, Pennsylvania.

    Lawatan yang dirancang oleh Kishida ke kilang-kilang Toyota dan Honda di North Carolina hari ini untuk menonjolkan pelaburan Jepun dilihat sebagai cubaan untuk meredakan kebimbangan mengenai perjanjian itu.

    Kishida memberitahu wartawan di negeri selatan pada petang kelmarin bahawa ‘dari segi hubungan ekonomi, Jepun adalah pelabur terbesar di dunia dalam AS dan mewujudkan pekerjaan yang signifikan’.

    “Mulai esok, saya ingin menggunakan lawatan ini untuk melihat bagaimana syarikat-syarikat Jepun menyumbang kepada ekonomi AS,” katanya sambil menonjolkan ‘kepentingan besar dalam mempromosikan pelaburan di kedua-dua pihak untuk memacu ekonomi global’. – AFP

    Kishida dilihat semasa makan tengah hari bersama Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Naib Presiden AS, Kamala Harris di Jabatan Negara di Washington pada 11 April. Fujifilm mengumumkan peningkatan pelaburan sebanyak AS$1.2 bilion di AS. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...