Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fulham hargai sumbangan Mitrovic dengan kontrak kekal

    LONDON, 31 Julai – Peranan penting pemain penyerang Serbia, Aleksandar Mitrovic dalam membantu Fulham kembali ke Liga Perdana telah dihargai dengan perpindahan kekal dari pasukan pesaing Newcastle semalam dan dia mengisytiharkan dirinya ‘sangat gembira’.

    Pemain berusia 23 tahun itu, yang menjaringkan 12 gol dalam 17 kemunculan bagi pasukan Cottagers selepas menyertai mereka menerusi pinjaman pada Januari lalu, ditandatangani secara kekal dengan kos dilaporkan sebanyak 22 juta pound (AS$28.9 juta) dan menandatangani kontrak selama lima tahun.

    “Saya gembira dan berbangga akhirnya berada di sini dan secara rasminya menjadi pemain Fulham.

    “Saya merasa sangat gembira,” dia memberitahu Fulhamfctv.

    “Saya suka dengan penyokong. Mereka adalah penyokong yang luar biasa dan saya memiliki hubungan yang bagus bersama mereka.

    Gambar fail yang diambil pada 22 Jun 2018 menunjukkan Aleksandar Mitrovic meraikan jaringannya ketika beraksi bersama Serbia menentang Switzeland di Rusia. – AFP

    “Ini adalah kelab besar dan pada tahun lepas kami melakar sejarah, kami melakukan perkara–perkara besar, dan saya mahu meneruskannya.

    “Kami mahu mengekalkan perkara-perkara besar, dan dengan semua penyokong di belakang kami, saya rasa kami boleh pergi jauh.”

    Naib pengerusi Fulham, Tony Khan berkata dia gembira mendapatkan Mitrovic, yang menjaringkan 17 kali bagi Newcastle dalam tempoh tiga tahun, memandangkan dia menjadi sasaran sejak kejayaannya di sana.

    “Dia adalah wira dalam persaingan kami untuk dinaikkan ke Liga Perdana, dan dari saat dia tiba di Motspur dan mula bekerja bersama kami, kami selalu mahukan Mitro dengan kekal,” kata Khan.

    “Saya memberitahunya selepas perlawanan akhir di Wembley, dan saya teruja untuk menjadikannya rasmi pada hari ini.”

    Mitrovic, yang beraksi bagi Serbia pada Piala Dunia dan mencatatkan 17 gol dalam 40 kemunculan antarabangsa, adalah penandatanganan kelima oleh rakan senegara dari Serb dan pengurus pasukan, Slavisa Jokanovic.

    Fulham kembali ke kelompok atas England dengan mendapatkan sokongan musim lalu menerusi persaingan playoff, selepas empat tahun dalam Championship. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda