Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fulham layak ke Liga Perdana

    LONDON, 27 Mei – Fulham mara ke Liga Perdana selepas Tom Cairney membantu pasukannya yang beraksi dengan 10 pemain untuk mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Aston Villa dalam final playoff Championship yang berlangsung hari ini.

    Jaringan Cairney pada separuh masa pertama di Wembley telah membawa Fulham ke liga utama dengan ganjaran kira-kira AS$213.

    Skuad kendalian Slavisa Jokanovic beraksi pada 20 minit terakhir bersama 10 pemain selepas Denis Odoi dikeluarkan dari padang apabila tapak kasutnya mengenai Jack Grealish.

    Namun mereka terus berjuang untuk mengakhiri empat musim selepas tersingkir daripada Liga Perdana.

    “Saya teruja dengan kelab dan penyokong. Kami telah menunjukkan bahawa kami mampu mengikut gaya permainan dua tahun lalu di stadium ini,” kata Jokanovic.

    Tom Cairney (tengah) menjulang trofi kemenangan mereka selepas berjaya menewaskan Aston Vila di Staium Wembley, London, semalam. – AP

    “Saya lebih suka sekiranya kami layak secara automatik, namun menang di sini di hadapan para peminat telah membuatkan saya lebih berpuas hati.”

    Keuntungan kewangan Fulham dijangka meningkat kepada 280 juta pound sekiranya mereka mampu bertahan semusim lagi bersama pasukan itu.

    Malah pemilik kelab itu, Shadid Khan menyedari prestij yang menanti untuk menentang Manchester City, Manchester United dan Liverpool pada musim akan datang yang lebih bermakna daripada wang di akaun bank. Ia merupakan hari yang sukar untuk dilupakan buat Fulham, yang membuat kemunculan pertama di Wembley sejak tewas dalam final Piala FA 1975 di tangan West Ham. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda