Fulham leburkan harapan Brentford

LONDON, 5 OGOS – Fulham berjaya menundukan Brentford 2-1 dalam perlawanan play-off Liga Kejohanan yang berlangsung di Wembley kelmarin untuk menempah tempat kembali bersaing di Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil dua gol pada masa kecederaan dari pemain pertahanan, Joe Bryan.

Dalam perlawanan yang dianggap sebagai berharga dalam dunia bola sepak, Bryan muncul sebagai wira yang tidak diduga selepas pasukan dari London itu terikat dengan keputusan 0-0 selepas 90 minit perlawanan. Henrik Dalsgaard menjaringkan gol sagu hati pada lewat minit permainan bagi Brentford tetapi jaringan tersebut terlalu lewat bagi pasukan kendalian Thomas Frank, yang tidak pernah beraksi di EPL selama 73 tahun.

Pemain pertahanan, Bryan berjaya memecah kebuntuan buat Fulham pada minit ke-105 permainan ketika penjaga gol Brentford, David Raya tidak bersedia dengan sepakan percuma dari jarak 35 ela.

Penjaga gol, Raya dan pemain-pemain lain menjangkakan hantaran akan dilakukan semasa sepakan percuma, akan tetapi Bryan memilih untuk melencongkan bola menyasarkan tepi tiang gol untuk memecahkan kebuntuan. Bryan sekali lagi menjadi wira Fulham dengan menjaringkan gol kedua dengan masa tambahan berbaki tiga minit.

Pemain bek kiri itu bertukar-tukar hantaran dengan Aleksandar Mitrovic dan menyepak masuk melepasi penjaga gol, Raya dari dalam kotak penalti untuk memberikan kelegaan buat pengurus Fulham, Scott Parker dan menghadiahkan kemenangan terbesar dalam karier sebagai pengurus. – AFP

Reaksi pemain-pemain Fulham ketika meraikan kemenangan selepas menewaskan Brentford sekali gus menempah tempat untuk beraksi di EPL musim hadapan. – AP