BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Bagi memupuk semangat kekitaan dalam kalangan penduduk, Kampung Ukong, Tutong telah mengadakan larian Fun Run sejauh 7km yang disertai oleh 72 orang peserta.
Larian diketuai oleh Hajah Nor Islam binti Langkan, 48, yang merupakan mantan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan peserta tertua adalah berusia 65 tahun dan termuda berusia tujuh tahun.
Beliau berkata, sebagai orang tua dan dewasa mestilah menggalakkan dan membawa anak-anak mengisi masa terluang dengan aktiviti positif dan bermanfaat.

“Ia diyakini mampu mengelakkan anak-anak daripada terjebak dengan gejala tidak sihat dan tidak berfaedah,” ujarnya lagi.
Larian berkenaan juga diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan semua lapisan anggota dan keluarga warga kampung tersebut dan yang lebih penting adalah untuk menjaga kesihatan.