BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Riadah Fun Run Trail Raya-raya Bukit Karamunting 2018 anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok, semalam, telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para peminat aktiviti riadah mendaki bukit.
Lebih 100 lebih peserta termasuk dari negara jiran telah mengikuti acara riadah meredah Bukit Karamunting sejauh 5km itu yang berakhir di Simpang 67, Kampung Subok.
Hadir bagi melancarkan acara riadah tersebut ialah Penasihat II MPK Subok, Haji Majid bin Haji Japar. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi MPK Subok, Haji Bostamam bin Haji Lamat.


Acara telah dimeriahkan dengan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah disampaikan pada akhir acara sebelum menikmati jamuan juadah kampung.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dengan adanya Riadah Fun Run Trail Raya-raya Bukit Karamunting 2018 ini akan dapat meningkatkan lagi kerjasama dalam kalangan ahli-ahli MPK Subok terutama melalui Biro Sukan untuk sama-sama mengelolakan aktiviti riadah dan sukan bagi menggalakkan penduduk kampung ke arah gaya hidup sihat.
Di samping itu, ia juga sebagai batu loncatan untuk mengadakan aktiviti seumpamanya dalam sekala lebih besar pada masa akan datang.